Wikia Kijiya
Advertisement

Laryu merupakan protagonis utama dalam siri Kijiya. Dia ialah seorang pelajar Sekolah 0109, yang menggunakan gasing sebagai senjata utama.

Kemunculan[]

Dia mengenakan pakaian baju berleher bulat yang berbutang di bahagian dada, dan seluar pendek yang lebar. Semasa menyelesaikan misi, dia memakai kemeja kolar bulat dan berseluar pendek yang lebar. Dia juga memakai stokin tebal bercorak dan berjaket tebal. Dia menggalas satu gasing leper dan dua plat yang tergantung di tali galas bahagian dadanya, setiap satu mempunyai dua biji gasing kecil.

Personaliti[]

Dia sangat bersopan santun terhadap orang disekelilinginya. Dia berdiri tegak jika ditanya oleh Cikgu Kuuta berkenaan sarapan pagi mereka.[2] Dia suka menggunakan bahasa lembut jika meminta.[3] Selain itu, dia akan menerima pelawat dengan menyatakan nama sekolah dan pertanyaan apa yang dia boleh bantu; seperti pelayan pelanggan.[4] Dia juga dilihat menundukkan dirinya jika bercakap dihadapan orang tua.[5]

Magik dan Kelebihan[]

Gasing Spin
Gasing yang dililit dibaling ke arah musuh, menghasilkan pusaran angin yang kecil. Musuh yang terperangkap dalam pusaran ini menyebabkan badan mereka terputus dua.[6]
Gasing Tornado
Laryu menggunakan periuk hasil penyeruan daripada kertas jampi yang diberikan oleh cikgu yang menjaga peperiksaan ahli sihir tahap 1. Rantai yang digulung; dari pelesit matang berupa motorsikal, pada periuk itu dan dibaling ke arah pelesit itu. Pelesit itu tersedut ke dalam periuk dan mati.[7]
Gasing Pembawa
Laryu menggunakan gasing lepernya untuk dijadikan pembawa ketika berada diatasnya.[8]
Gasing Twister
Laryu menggunakan dua biji gasingnya lalu dibaling ke arah musuh; menembusi perlindungan musuh, sebaik sahaja dia menarik tali gulungan pada gasing-gasing itu, menghasilkan dua pusaran angin keluar dari perlindungan yang menghalang musuh daripada mara.[9]

Rujukan[]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Bahagian Watak Utama, jilid 2
  2. Komik Kijiya: Bahagian 1jilid 1, halaman 15
  3. Komik Kijiya: Bahagian 1jilid 1, halaman 29
  4. Komik Kijiya: Bahagian 1jilid 1, halaman 16
  5. Komik Kijiya: Bahagian 1jilid 1, halaman 18
  6. Komik Kijiya: Bahagian 2jilid 1, halaman 33
  7. Komik Kijiya: Bahagian 15jilid 2, halaman 16 - 18
  8. Komik Kijiya: Bahagian 8jilid 2, halaman 5 - 8
  9. Komik Kijiya: Bahagian 8jilid 2, halaman 8 - 9

Navigasi[]

Fon digunakan: 30 Pack Girl Bold
  • Fon ini digunakan secara wajar berdasarkan peraturan yang diberi.
Advertisement