Wikia Kijiya
Advertisement

Bahagian 4 merupakan sebuah bahagian atau bab dalam jilid 1 bagi siri komik Kijiya.

Ringkasan[]

Kijiya menyindir rakan sekelasnya kerana hanya dia sahaja yang tiada luka selepas pertempuran itu. Dia mendarat setelah terjun dari tingkat atas bangunan Sekolah 0109 dengan menunjukkan punggungnya ke arah kawan-kawannya sebelum dilastik oleh Ujin sambil menyatakan yang Kijiya bukannya kuat pun, hanya nasib sahaja menyebelahinya. Okra menjawab yang Kijiya sangat sombong setelah ditanya oleh Laryu kenapa tidak menolong Kijiya. Cikgu Kuuta menyambung nasihatnya, salah perbuatan anak muridnya yang sepatutnya melarikan diri jika ternampak pelesit yang lebih kuat daripada mereka. CIkgu Kuuta juga bertanya siapa yang memulakan masalah itu dan semua menuding ke arah Kijiya sebelum Kijiya menampar bahagian tangan kanan Okra yang tercedera.

Kuuta meleraikan mereka dan menyatakan jika mahu mendapatkan ron tahap tinggi, mereka perlu memasuki peperiksaan dahulu untuk dapat label ahli sihir tertinggi. Laryu menanyakan berkenaan surat tawaran peperiksaan itu dan Kuuta menjawab mereka takkan dapat surat itu jika hanya membunuh Toyol kerana itu diklasifikasi bertahap murid rendah walaupun jumlah pembunuhannya banyak. Ujin mahu mengetahui cara mendapatkannya, lalu Kuuta menjawab mereka perlu mendapatkan ron bertahap tinggi untuk dijadikan bukti menaik satu tahap lagi. Tetapi Kuuta juga menyatakan pelesit yang mempunyai ron bertahap tinggi tidak berkeliaran di sekitar kampung dan mereka juga kena selalu berlatih supaya senang kemudian hari. Laryu dengan selamba mengajak mencari ron bertahap tinggi sebelum dimarahi oleh Kuuta kerana kerja pencarian ron boleh berlaku jika ada panggilan sahaja. Jika pergi sendiri, itu mencari nahas. Dibelakang tabir, Kijiya dilihat sedang memanjat pokok lalu terjatuh ke dalam semak setelah memegang salah satu dahan kecil sebelum ianya patah. Kuuta bangun dan mengajak mereka berlatih lalu disangkal oleh Kijiya kerana Kuuta menyatakan yang hari itu cuti. Kuuta berdalih dan menayatakan jika setakat menulis nota tidak mengapa. Kijiya akur lalu mencangkung untuk "beron" sebelum dimarahi oleh Kuuta setelah disuruh membuang air di dalam tandas sekolah. Kijiya tidak dapat menahan dan yang lain pergi meninggalkan perangai tidak senonohnya itu. Kijiya berasa lega selepas itu.

Panel beralih kepada bank ron milik Pafka yang sedang berehat di anjung tingkat atas. Sebaik sahaja dia mahu menambah minumannya, dia mendapati tekonya sudah menghilang sebelum Kijiya muncul sambil meneguk air dalam teko itu dan "menuang" menggunakan mulut ke dalam cawan Pafka. Selepas itu, Pafka menyindir kerana tiada ron yang mahu ditukar daripada Kijiya. Pafka menasihati supaya Kijiya rajin mencari ron yang bernilai sebelum disuruh oleh Kijiya supaya diam. Pafka menerangkan nilai ron tahap tiga sangat tinggi; dalam 40%, setelah ditanya oleh Kijiya. Kijiya mahu membalas dendam kepada murid Sekolah 2071 yang telah mencuri ron tahap tingginya. Pafka memberitahu, selain untuk mendapatkan duit, ron ini ada gunanya kepada bumi. Kijiya mula bosan terhadap subjek itu lalu dimarahi oleh Pafka. Pafka menerangkan pelesit muncul dan mengacau manusia selepas gempa bumi. Tugas ahli sihir ialah mengumpul ke dalam bank ahli sihir sebelum dikaji di ibu pejabat untuk menjadi bahan berguna dan menstabilkan kepada bumi. Setelah habis menerang, rupa-rupanya Kijiya tidur dan Pafka berasa kecewa.

Tiba-tiba seorang lelaki tercampak ke dinding dari atas ke anjungnya. Pafka terus memapah lelaki tu. Lelaki itu menyatakan yang ada pelesit di kawasan pasar. Pafka agak pelik dengan amaran itu. Kijiya yang mendengar riuh tadi terus meluru ke arah pelesit itu muncul.

Terdapat seorang mayat perempuan bergelimpangan dan beberapa orang tersungkur kerana melarikan diri dari serangan pelesit itu. Kelihatan seorang lelaki meratapi kematian isterinya ditahan oleh rakannya. Peleset itu berasa jengkel dengan lelaki itu. Rakannya terlepas pelukan dan pelesit itu mula menyerang. Kijiya tiba sebaik sahaja serangan itu dan menghalangnya. Pelesit itu mentertawakan usaha Kijiya. Sebaik sahaja Kijiya bertanya kenapa pelesit itu ada di sini, pelesit itu menusuk 3 orang nelayan yang berada di belakang Kijiya. Kijiya berang lalu menyerang dan dicederakan oleh pelesit itu. Pelesit itu memberi peluang untuk melarikan diri kerana melihat kelemahan Kijiya. Kijiya terasa dicabar, terus berubah menjadi pelesit.

Bertubi-tubi serangan dibuat dan banyak kali juga Kijiya jatuh dan hampir terkena serangan. Kijiya memakan apa sahaja yang ada disekelilinginya; skru, batu, tetapi kelicikan pelesit itu tidak dapat dibendung Kijiya. Dicampak ke arah bot di laut, Kijiya melarikan diri dan pelesit itu teruskan menyerang. Kijiya mengelak dan terus menyelam. Pelesit itu tertanya apakah rancangan kijiya seterusnya. Tiba-tiba satu jaring menerpa ke atas pelesit itu. Kijiya keluar dari air sambil mengenakan satu topeng yang menembak 3 skru serentak.

Navigasi[]

Tiada Jilid 1 Tiada
Tiada Bahagian Tiada
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7
Advertisement