FANDOM


Bahagian 3 merupakan sebuah bahagian atau bab dalam jilid 1 bagi siri komik Kijiya.

RingkasanSunting

Kijiya diletupkan oleh pelesit berupa manusia itu sebagai balasan menembak anaknya. Tiba-tiba satu tembakan yang sempat dihalang oleh pelesit itu. Kijiya melepaskan tembakan bertubi-tubi melalui tangannya yang berupa pistol kearah pelesit itu. Pelesit itu menyerang balas semula Kijiya tetapi Kijiya masih boleh berlawan.

Pelesit itu menyerang semula tetapi sempat dielak oleh Kijiya. Kijiya menyindir serangan itu tetapi pelesit itu menafikan sebaliknya. Anaknya menyerang Kijiya dengan tusukan di perut. Pelesit itu menjangkakan Kijiya sudah kalah tetapi dia terlihat anaknya yang terbaring kaku. Kijiya muncul daripada belakang pelesit itu dan menyatakan dia telah menyerap semua kuasa anaknya.

Pelesit itu berang dan menyerang kembali Kijiya. Kijiya dengan mudah mengelak dan menyerap kuasa pelesit itu. Kijiya menggunakan kuasa pelesit itu keatas pelesit itu sendiri. Pelesit itu menyatakan sebelum dia terhapus sepenuhnya; bahawa Kijiya telah mengkhianati kaum pelesit dan suatu hari nanti Kijiya pasti akan dibunuh. Luka Kijiya tersembuh dengan kuasa peleesit dan dia menafikan pernyataan pelesit itu.

Kuasa pelesit Kijiya telah mencapai hadnya dan jampi Kuuta mula menampakkan kesan. Kijiya berubah semula menjadi manusia. Tiba-tiba dia ternampak sebiji ron tahap ke-3 dihadapannya. Dia melompat kegembiraan dan secara kebetulan pelajar Sekolah 2071 baru sampai di tempat kejadian. Kijiya mahu menunjukkan kemenangannya tetapi teringat Kuuta mengatakan bahawa dia tidak akan membantu Kijiya jika rahsia Kijiya dari kaum pelesit terbongkar.

Jadi, Kijiya buat pura-pura pengsan dan dijumpai oleh Jason. Mereka memeriksa sama ada Kijiya sudah mati atau tidak. Tetapi James ternampak ron tahap ke-3 di tangan Kijiya lalu mengambilnya. Dia menyatakan kemusykilan bagaimana Kijiya mendapatkannya tetapi dia hanya berterima kasih dan berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Kijiya naik berang sebaik sahaja mereka pergi.

Laryu tersedar dari pengsan dan pergi mendapatkan Ujin yang masih bersikap keras hati dengan Kijiya. Kijiya marah dengan layanan sebegitu kerana dialah menyelamatkan mereka semua. Mereka bangun dan pulan dengan hanya 10 biji ron. Kuuta pula ditawarkan ikan percuma oleh peniaga pasar di kawasan kampungnya.

Keesokan harinya, Laryu memberi ibunya yang sakit makan dan bersiap ke sekolah. Kuuta memeberikan rawatan kepada Okra dan terus berjumpa dengan Ujin yang ligat berlatih walaupun selepas berubat. Ujin mahu lebih kuat sebab itu dia berlatih dan pernyataan itu disokong Laryu tetapi dinafikannya kerana mereka perlukan rehat yang secukupnya untuk berlatih lebih gigih. Kuuta memuji kemahiran kepimpinan Laryu sambil mennunding kuat ke perut Laryu yang tercedera. Kijiya yang terdengar perbualan mereka hanya menyindir kelemahan mereka.

NavigasiSunting

Tiada Jilid 1 Tiada
Tiada Bahagian Tiada
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak