FANDOM


Bahagian 2 merupakan sebuah bahagian atau bab dalam jilid 1 bagi siri komik Kijiya.

RingkasanSunting

Pelajar Sekolah 2071 mula dikerumuni ramai dan mereka perasan kehadiran pelajar Sekolah 0109. Mereka perlekehkan kebolehan ahli sihir kampung dan menyebabkan Kijiya amat marah. Ujin mencabar mereka untuk mengutip ron paling banyak. Mereka menerima cabaaran itu dan terus bergerak setelah alat mereka mengesan pergerakan Toyol. Ujin menggunakan kuasa deria keenamnya untuk berhubung dengan pokok bagi mencari kedudukan Toyol yang sedang merompak bank. Mereka terus bergerak mencari Toyol setelah mengetahui kedudukan Toyol.

Pelajar Sekolah 2071 menhadapi kesukaran untuk mendapat seekor Toyol. Manakala, pelajar Sekolah 0109 mengalahkan semua Toyol dengan senang. Kijiya hampir menghancurkan sebuah bangunan dengan Dragon-hammernya. Laryu memarahinya kerana membahayakan mereka. Okra memandang dari jauh sambil memakan pau. Kijiya sangat gembira kerana dapat mengumpul sejumlah ron yang banyak. Tiba-tiba Ujin dapat merasakan sesuatu berbahaya melalui pokok. Dia menjerit memanggil Okra tetapi Okra sudah pun terbaring denganb berlumuran darah kerana digigit oleh pelesit.

Laryu memberi amaran bahawa pelesit itu pelesit matang. Pelesit itu mengelak sebaik sahaja Kijiya menyerang. Pelesit itu setuju dengan penyataan Laryu yang sedang mendapatkan Okra. Ujin yang baru sahaja mendarat diserang secara tiba-tiba. Kijiya yang masih bingung dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menyedari satu serangan menghala ke arahnya. Laryu menyelamatkan Kijiya tetapi Laryu terkena serangan itu.

Pelesit itu menyatakan dia lebih suka memakan ahli sihir muda. Anaknya keluar daripada tanah selepas menyerang Laryu tadi. Dia juga menyatakan supaya memeriksa laporan yang diberi sebelum terjadi seperti sekarang. Kijiya mengambil epal yang diberi oleh Kuuta sebelum ini. Kijiya. Dia teringat apa yang dikatan oleh Kuuta. Kuasanya hanya digunakan bila perlu jika kawan-kawannya dalam bahaya. Tapi kuasa pelesit dalam badan Kijiya sukar dikawal. Jadi epal yang diberi sudah dijampi supaya dia boleh mengawal kuasanya tidak melebihi had.

Pelesit itu menyindir Kijiya ketika memakan epal itu. Kijiya terus menyerang, pelesit itu melepaskan anaknya untuk menyerang. Kijiya mengelak dan mengambil serpihan batu untuk dimakan. Kijiya menyerang semula anak pelesit itu, tetapi dihalang oleh pelesit itu dengan membelitnya dengan tentekal dan sesuatu keluar melalui tentakel itu.

NavigasiSunting

Tiada Jilid 1 Tiada
Tiada Bahagian Tiada
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak