FANDOM


Bahagian 1 merupakan sebuah bahagian atau bab dalam jilid 1 bagi siri komik Kijiya.

RumusanSunting

Bahagian ini dimulakan dengan penerangan dunia ini semakin maju dan semakin bahaya kerana bencana alam yang sering berlaku. Manusia dipersalahkan dalam hal ini dan perkara ini memberi peluang kepada pelesit bermaharajalela. Manusia yang mempunyai kuasa dapat menetang pelesit lalu sebuah pasukan khas yang dipanggil ahli sihir diperkenalkan untuk mempertahankan bumi daripada jatuh ke tangan pelesit.

Cerita ini terus dijangkau sehingga 30 tahun kemudian di sebuah kampung yang tidak bernama. Kelihatan semua penduduk seperti mengelak sesuatu. Boss dan konco-konconya sedang mengejar seseorang. Orang itu mampu melepaskan diri daripada halangan-halangan yang sukar. Orang itu ialah seorang budak yang memakai kepala Dragon-hammer. Dia melompat dari bangun ke bangunan dengan mudah manakala Boss dan konco-konconya pula sebaliknya. Budak itu mendarat di atas sebuah jamban dn menyebabkan struktur itu runtuh dan menampakkan seorang penggunannya. Budak itu dengan sinisnya memberi peluang menangkapnya dala kiraan sepuluh. Boss dan konco-konconya mula menyerang dan kiraan menurun bermula.

Budak itu mengelak Boss dan menolaknya jatuh tertiarap sambil menraik seluar salah seorang konco Boss. Pengguna jamban tadi hanya mampu melihat gelagat mereka. Salah seoranglagi konco Boss menyerang dengan melibas kayu kearah budak itu sebelum budak itu mengelak dan libasan itu terkena Boss. Pengguna jamban tergelak melihat pengakhiran aksi itu. Setelah terlepas daripada libasan, budak itu menyindir kemampuan Boss menjadi ketua. Hal ini menyebabkan Boss berang.

Dan bermulalah sekali lagi aksi kejar mengejar. Budak itu berlari dari bangunan ke bangunan sehinggalah sampai di sebuah bangunan yang mempunyai jarak yang jauh diantara bangunan di sebelahnya. Boss meragui kebolehan budak itu melompat sejauh itu. Tetapi budak itu mampu melompat sejauh itu dengan melompat menggunakan pasu yang dilemparnya. Setelah sampai ke seberang bangunan, budak itu menari kegembiraan sambil diperhatikan oleh Boss dan konco-konconya dengan perasaan tergamam. Aksi tarian budak itu menyebabkan bumbung bangunan itu runtuh menyenget ke arah sebuahb bilik mandi. Budak itu bergolek lalu kepala Dragon-hammer yang dipakainya terhantuk dan menembusi bilik mandi itu yang sedang digunakan oleh seorang nenek tua. Nenek itu menuduh budak itu mahu mengintainya.

Di bangunan Sekolah 0109, keihatan murid-muridnya iaitu Okra, Ujin dan Laryu sedang giat berlatih sebelum disapa oleh Cikgu Kuuta yang sedang memakan sebiji epal. Laryu membalas sapaan gurunya itu. Kuuta menanyakan apa sarapan pagi ini lalu Laryu menjawab hanya ada mi tiga minit. Begitu juga untuk makan tengah hari dan malam oleh kerana kekurangan duit tabung sekolah mereka setelah lama tiada kerja baru. Okra juga menyatakan kebosanannya memakan mi segera sambil memegang satu beg roti panjang. Kemudian, Kuuta mencadangkan makan Okra dijadikan sarapan lalu Okra membantah.

Tiba-tiba, Kuuta perasan akan kekurangan pagi itu lalu bertanya di manakah Kijiya. Laryu tergagap menjawab tetapi Ujin menjawab yang dia sudah keluar pagi-pagi lagi. Sebaik sahaja Kuuta menempiaskan marahnya, loceng pintu berbunyi dan disambut oleh Laryu. Rupa-rupanya Boss dan beberapa orang mangsa kejar-mengejar seorang budak itu tadi. Mereka mahu Laryu mengecam rupa budak yang diikat itu. Laryu terkejut rupa-rupanya budak itu ialah Kijiya. Nenek itu terus mengadu kepada Laryu yang Kijiya mengintainya mandi dan Boss pula menngadu sambil menunding jari kepada Kijiya yang ikannya habis dicuri dan beberapa harta benda musnah akibat daripa kejar-mengejar tadi. Kijiya terus mengigit jari Boss dan secara tiba-tiba Kuuta mencelah dengan menumbuk muka Kijiya kerana mencuri tetapi mahu makanan yang dicuri itu. Kijiya terus membalas yang dia sudah menghabiskannya.

Beberapa orang di situ tidak mahu melengahkan masa. Boss terus mengugut yang dia akan melaporkan di Suruhanjaya Ahli Sihir jika tidak membayar. Kuuta kemudiannya mendakap Boss dan menyuruhnya bertenang dan boleh diselesaikan. Laryu menyatakan yang mereka akan bertanggungjawab. Di belakang mereka, Kijiya meminta Okra melepaskan ikatannya. Okra cemburu terhadap Kijiya kerana dapat makan ikan. Kijiya berjanji akan membawa dia nanti. Kemudian, Ujin mencelah dan mengatakan Kijiya ialah budak cacat yang sering membuat masalah. Kijiya yang terdengar lau memarahinya dan mencabar Ujin mengatakan perkataan itu semula. Ujin terima cabaran itu dengan mengulang "budak cacat" berkali-kali.

Sambil mereka bergaduh, Kuuta mahu membayar semua kerosakan yang dilakukan Kijiya:

  • Intai nenek - RM500
  • Tepung jatuh - RM1,500
  • Bilik air pecah - RM2,000
  • 3 ekor ikan - RM1,950

Kuuta mula resah dan tiba-tiba dikejutkan oleh penggera amaran. Dia terus memanggil pelajarnya untuk bersedia dan meninggalkan peminta hutang diluar. Boss memanggil semula mereka, tetapi Kuuta terus menyatakan arahan ke-15, "Jika penggera berbunyi, ahli sihir mesti bertindak tidak kira dimana dan apa yang berlaku". Peminta hutang hanya berasa bengang dan membiarkan mereka sahaja.

Mereka dapat misi ke SN8 untuk memburu Toyol dan Kuuta menyatakan berjuang sehingga ke akhir hayat. Tetapi tujuan pelajarnya hanya mahukan Ron dan tukarkannya menjadi duit bagi membeli nasi ayam. Sebaik sahaja mereka mahu pergi, Kuuta memanggil Kijiya untuk memberi buah epal. Kijiya menolak pemberian Kuuta tetapi Kuuta memaksa Kijiya mengambilnya juga. Mereka terjumpa Uncle Pafka dan Kijiya memberitahu untuk menyediakan duit mereka untuk Ron yang mereka akan dapat nanti. Mereka mula mengejar bas yang meninggalkan mereka.

Di Sekolah 0109, sebaik sahaja Kuuta mahu keluar bersiar-siar, 3 orang budak memanggilnya. Mereka mahu memberi seekor ikan mepada Kijiya yang dicuri mereka sebagai balas budi kerana Kijiya telah menolong mereka melepaskan diri. Mereka sudah dua hari tidak makan dan berjanji takkan mencuri lagi. Kuuta menolak pemberiannya dan menasihati mereka. Kuuta memuji Kijiya dan menyatakan Kijiya akan berjaya dengan cemerlang suatu hari nanti. Pelajar Sekolah 0109 sampai ke tempat kejadian. Ramai meragui mereka adalah ahli sihir. Tetapi pelajar Sekolah 2071 meluru masuk dengan kereta mewah mereka. Semua bersorak dengan kedatangan mereka.

NavigasiSunting

Tiada Jilid 1 Tiada
Tiada Bahagian Tiada
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak